Monday, 22 June 2020

Malam Muhasabah Diri





23/6/2020 @0050

🔥🔥✨ Alhamdulillah kurang dari beberapa minit lagi 22/6 akan melabuhkan tirai..🔥🔥😁.. mungkin byk suka dan duka yang kita dh lalui harini... Dengan life kitanya, dengan impian baru kita dalam family Cuckoo..

Tapi ingt utk usaha kita yang sekarang nk berjaya dalam bisness ke atau mudah dalam life kita, kita harungi mcm² ujian n at the end akan berakhir penat dunia kita lalu mati menghadap tuhan..penat dunia kita pasti syurga yg kita idamkn lps mati.. 

Jadinya selaraskn jugalah aktiviti posting harian kita, semngt kita dalam family grup ni khususnya seolah² at the end perjuangan ni segala beban kita akan hilang pabila sedar² goyang kaki tngn, income pasif dh masuk beribu²💵💴💰💰💳💎.. bayangkn dh boleh beli emas, simpan emas, bantu senangkn family dan anak², kawin🥺 mesti time tu rasa segala penat kita tersngtlah berbaloi...

Eh tengok jam dh lepas 7 minit😂.. 23/6 daa... Okay welkem to the new day.. hari baru semangat baru... Azam makin berapi🔥🔥🔥...



Okay tu adelah ayat penutup grup malam ni diatas permintaan leader A~ .. Dan malam ni juga disentapkan dengan sesuatu berkenaan batas yakni keterbatasan. Sedar x sedar diri makin alpha dari kesan tarbiyah yang dibina dalam diri.. Nauzubillah.. Alhamdulillah diatas kesedaran. moga Allah bimbing kita dalam menelusuri perjalanan menuju akhirat, Syurga destinasiku.. 

*Batas, bagaimana batas pergaulan Islam ajar dan yang kita amalkan?? Takut nak kata tapi kita seolah menempah nama ditempat duduk neraka.. renung²kanlah..

Alhamdulillah hari ini A~ mendapat pengalaman menjual air tuak pokok kelapa.. bukan kali pertama menjual tapi produk tulaa yang menarik pelanggan yang auto loghat Kelantan.. 


Alhamdulillah untuk pengalaman. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan. Percayalah kepada konsep rezeki iaitu segalanya adalah dari Allah SWT.. usaha kita walau kaw² adalah asbab semata².

Selamat Malam ... Muhasabah diri.. Assalamualaikum

Sunday, 21 June 2020

Pembakar Semangat!

22/6/2020 @0130

Salam pkpp dearself😱😂

Macam mana hari ni A~ ? Wait tengah pikir.. hmmmm.. oky takpelaa sebab rasanya sama jee pun dengan yang semalam. Tapi A~ kena cari pemangkin semangat laaa mudah katanya untuk elakkan A~ dari "didampingi" rasa malas.. haaaaa... Susah sebenarnya bisness macam ni kalau kau just target member sebaya lebih kurang kau untuk beli produk yang confirm² kalau kau sendiri pun mcm "alahh takpayah fikir laaa".. sebab apa? Macam A~ sendiri duk dengan mak ayah lagi. Bukan duk rumah sendiri + kerja pun belum lagi. Haaa lebih kurang laaa.

Jadinya untuk aim pembeli mestilah kau kena selami org sekeliling kau yang lingkungan lebih tua dan rapat dengan kau which mean pakcik makcik, kezen, orang sekeliling tempat kau tinggal. Approach secara offline yang tak ramai yang mampu buat.

Tetapi berbalik kepada member yang sebaya gini, dorang pun macam A~ juga laa nk jana income, ada masalah kewangan. Soo ramai jugak laaa pm bertanya namun sekadar mampu bertanya laa. Nak jadi agent jual sekali? Emmm.. easy to say right than take the risk?

Pada 2100 tadi bukanlah iv online macam kebiasaan, tetapi adalah lebih kepada slot bersama NCM KING EMPIRE sendiri!! Slot ni adalah special untuk NE mcm A~ to build up semangat dan lebih nampak hala tuju dalam boleh A~ katakan kerjaya Cuckoo

Presenting...



Okay this is the bakal NCM Udin (suka untuk panggil siap² gelaran tu supaya menjadi satu doa).. right now the title still NM which is "Manager".. actually slot malam ni untuk membuka mata NE sekalian how to be a Manager.. and what the benefit and responsibility that they will get yoooo!!




Another Manager from the other team.. he is the most youngers manager under KING EMPIRE..  really motivated dan sememangnya membawa aura yang positif untuk kita bangkit berjuang..





Last but not least.. the legend or paling mudah papa kepada anak² bawahnya iaitu NM dan mcm atok idola laaa pada kami² yang NE ni.. very lot of knowledge actually yang dikongsikan bersama and the last word he said.. kelebihan manusia ni berbanding malaikat adalah boleh membuat pilihan berbanding malaikat yang telah ditetapkan perintahnya.. tetapi dalam manusia dapat membuat pilihan, mereka juga akan mendapat kesan dari pilihan yang dibuat.. 

soo?? Jika kita telah memilih dan menetapkan matlamat kenapa kita join bisness Cuckoo ni.. kena laaa all out kan untuk mendapatkan "kesan" yakni hasil yang sepatutnya sesuai dengan apa yang telah kita usahakan.

Tetapi akhir kata apa jua adalah dari Allah pemberi rezeki. Berdoa dan dekatlah diri denganNya. Moga Allah redha rezekiNya untuk kita pinjam dan manfaatkan di dunia ini.. tak lain tak bukan sebagai tuaian amal untuk akhirat kita pula.. 

That all for tonight.. Assalamualaikum =D



Saturday, 20 June 2020

Misi Don't Flatten the Curve!

21/6/2020 @0015

#Reminder to myself birthday my cousin esok. Ok done. Dimana kita hari ini sebenarnya?

Alhamdulillah untuk kes Covid-19 di Malaysia khususnya telah berjaya mengalami pengurangan ketara, yang bermakna misi kita as rakyat Malaysia "Flatten the Curve" berjaya menampakkan hasilnya!! SYABASSS  sangat² A~ ucapkan kat korang.. + pakej auto terharu nak nangis tengok video how Malaysia handle this crisis, video from ICU to grave which is sangat membuatkan A~ lebih menghargai, bersyukur dan orang kata bangga sangat laa jadi Anak Malaysia! Alhamdulillah✨

Soo how about this mission? Haaaa berilham kisah diatas, A~ langsung tak berminat nak datarkan mana² cerun sekecil mana yang ada dalam meningkatkan viewer bisness A~ samada kat whatsapp, facebook, mahupun instagram.. graf nk mencuram lagi sampai 90° degree naiknya pun A~ sangatlah bersyukur🤧.

Walaubagaimanapun, dari segi pemerhatian A~ kat whatsapp status A~, bilangan viewer yang kadang² boleh mencecah 200 org n awal tuhari dalam 150 org.. dan harini berkurang lagi dalam 120 org gitu.. (Wow) misi flatten the curve is not imposibble guys😂.. ermmm.. terkedu jugak tapi that is the first risk A~ dah agak akan berlaku dan yaa sedang berlaku. Jujur A~ sendiri kalau member status banyak nak mampus auto takda mood nk continue tngok sampai habis. Paling² baik sebelum tidur biarlah dia auto play kut. Hahaha, tak pernah lagi laa pikir nak block status dia jauh sekali delete number dia😱

What i need to do next actually even ws mengalami penurunan, tetapi bagusnya ig dan tak kurang hebatnya fb mengalami peningkatan dalam bilangan follower dan juga like semestinya. Did u see the pattern of this "drama". Okay disebabkan A~ dah ngantuk jari pun dh lenguh dah typing panjang², A~ haruslah kekal tenang dan tingkatkan semangat setiap anggota, otak, jiwa, dan sel kat semua badan A~ supaya graf ni tidak akan sama sekali mendatar! It will take not very long time to achieve target A~ untuk maintainkan income yang tinggi pada masa akan datang as partime sambil bekerja. Tapi in the long period of time orang akan kenal A~ sebagai someone yang dorang rapat dan membawa product Cuckoo bersama.

Tidak mustahil lepas tu secara automatik member² yang just usha dari jauh ni lah yang akan berurus niaga dengan A~ untuk mewujudkan produk Cuckoo dirumah dorang pula bila dah mula hidup sendiri, bina keluarga baru. Haaa begitulah. Logically korang termasuk A~ sendiri pun akan lebih mudah nk berurusan pasal produk dengan orang yang dah kenal compared dengan seller yang tak pernah kenal langsung right?! Haaaaaa look like that is wheres A~ punya income as partime akan datang dengan izinNya. 

Sebab apa? Kita hanyalah mampu merancang kerna Allah juga merencanakan sesuatu untuk kita, dan ingatlah sesungguhnya perancanganNya itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Ingat kita hidup tak lama dan hanya sekali untuk beramal. Dunia kejar jugak tapi jangan tinggalkan akhirat dan alangkah bijaknya kita kalau dapat jana income untuk akhirat melalui dunia yang kita sedang usahakan =D
Setiap apa yang A~ tulis tak lain tak bukan sebagai peringatan utama untuk diri A~ sendiri. Ambillah seberapa banyak kebaikan yang korang dapat gali dari kata² dalam blog yang masih sangat mentah ni yaa.

  
Wallahu aklam


Oh yaa sebelum publish, A~ nak share aktiviti wajib setiap malam iaitu interview new prospek melalui zoom meeting. Ini adalah team dibawah UdinEmpire dibawah kelolaan NCM Udin sendiri sebagai manager, dan NE Anum sebagai A~ punya the best leader aagithuu




Ok that all from A~.. Assalamualaikum, laila sa'idah, mimpi indah guys. Jangan kerap tidur lambat sangat yaa. #kitajagakita


Friday, 19 June 2020

Apa yang kena?

20/6/2020 @0100

What happen today?. A~ try ingat baik kejap..  ermmm, OK gini😂 pagi tadi dan malam tadi jgak laa sebenarnya line umobile totally buat hal. Xdak signal pastu ada signal data pulak tak boleh connect. Okay done my morning

Bla laa laa laa laa

Petang terus laaa..

Baru laa nak pegang hp dan ternyata banyak tahap gaban jugak laa chat di whatsapp. Scroll punya scroll open chat leader team Cuckoo Kak Fh sorang ni iaitu merangkap A~ punya senior jugak. Yang ni bukannya manager team yaa walau ternyata dua-dua adalah senior tempat belajar.

How to describe kak Fh ni, bgi A~ she is a great leader. Yup dia chat A~ actually tanya pasal keadaan A~ and how progress kerja memviral makcik pakcik bawang begini kan😮😱. N actually memang A~ dah boleh agak content chat tu sebabnya yelaa kan dari pagi tak boleh onz hp dan sekarang memang kenalah satukan jasad dan roh untuk kuatkan jari typing and viral every day.

Alhamdulillah blog ni ada sebagai satu platform untuk A~ latih jari dan akal menaip dan berfikir laa ayat² dan paling-paling takdelaa "bengong" sangat dalam nak memikat hati customer diluar sana. Yup cust rezeki semuanya adalah ketentuan Allah, we just need to all out our effort n A~ suka ayat status manager team A~ kat bawah ni


So basically apa jua yang kita buat dalam bisness ni at the starting point and the last of every day please pull all of our effort back to our creator .. sebab apa? Semua yang kita miliki sekarang ni, apa yang kita nak dan apa yang kita akan miliki semuanya adalah datang daripadaNya, pemilik dan pemberi setiap rezeki.
Even betapa banyak pun rezeki kita dapat tapi tak faham konsep rezeki, konsep bersyukur ni memang automatik akan rasa tak cukup! Tak cukup!! Tak cukup!!! Sampai bila tak cukup? Nak sampai mati ke? Entahlaaa kan.. Nauzubillah

Soo back to what i do today.. harini sebenarnya nk focuskan untuk produk berupa air purifier atau mudah kata penapis udara. Actually penapis udara nilaa item yang sedang meningkat naik bilangan belian dalam setiap isi rumah compared to water purifier. Sebabnya kalau diperhatikan rumah opah A~ sendiri pun dah ada penapis air kutt. Soo penapis air ni auto mcm dah jadi kewajiban dah kat setiap rumah compared with penapis udara yang sedang mendapat tempat kat hati pengguna Malaysia. Haa gituu laakut step yang A~ cuba applykan.

Sesetengah orang mungkin rasa tak berbaloi kan beli, takde function pun tapi bagi A~ sendiri tahap kesihatan orang terutama dalam masalah respiratori macam asthma ni dah macam biasa. Jarang laa A~ dengar kisah orang zaman dulu ada penyakit pernafasan ni. Logically is about air quality of the environment. A~ tak payahlah kut bebel lebih pasal ni sebab mostly semua orang faham dah bab ni yang mana udara kat kampung pun dah tak sebersih dahulu apetah lagi kat bandar yang design rumah satu je sudut tingkap. Angin masuk tak keluar² sebab takde pengaliran yang baik. Soo secara tak langsung dengan adanya air purifier ni akan membantu setidaknya dalam menjaga keluarga dan membantu individu yang berpenyakit ni supaya lebih selesa. Trust me sangatlah azab bagi orang yang ada asthma untuk survive dalam condition dan berhabuk berdebu ni, mungkin macam ikan kat daratan kut. 😔🤧..


Sebagai penutup laakut, A~ nk invite korang yang sudi membaca blog A~ untuk follow bisness ig baru A~  .. kindly please left comment pada apa jua yang korang rasakan patut dikomen. A~ open untuk terima apa jua kritikan, cadangan dan cukup friendly laakut if nak borak pasal apa-apa jelaa =D 

Thanks kerana sudi membaca,

Assalamualaikum, laila sai'dah


Thursday, 18 June 2020

Starting Bertaktih

19/6/2020 around 0200 ... 

Abah admit ward ORL (otorinolaryngology) since afternoon 17/6 .. kes refer dari klinik pakar ENT (ear,nose,throat) sebabnya tercekik tulang ikan.. petua tradisional?? Ada try but A~ tak rasa that is the best way..


          After minor operation layrngoscope and esophagscopy to remove this fish bone.. my mom said itu ikan cermin. Tatau nk komen macam mana sebab A~ makan jee tak banyak soal.. berbalik ke tulang tu.. yupp dia bercabang dua gitu soo that tersangkut antara larink dan berlakulah soft tissue injury. Soo kalau buat petua macam kepam nasi then telan, makan buah pisang, basically makanan tu akan tolak tulang tu maybe ke bawah lagi dalam keadaan tercucuk kt isi. Rasanya perit tak?😌 Alhamdulillah 18/6 also around 1200 abah dah boleh discharge dri ward 6A tu. (Hosp manakah itu) .. staff memang really nice.. tiba² terindu aura nak praktikal kt ward.. hahaha.. baik lupakan..


          Actually im little bit stuck of momentum in this management of cuckoo platform when get to know he need to be admited.. Alhamdulillah dapat catch back this evening after back to home eventhough some of my planning to Kelantan need to be cancelled.. it okay beb, anything for family..

          A~ pun sambung prepare bahan dan soo on untuk dijadikan viral kt bisness page A~.. lepas maghrib join another zoom meeting for interview section to explain detail about how this team work. Masa nilaa orang yang dikira berminat kita jemput dan leader kita akan tolong explainkanlah. Ikutkan A~ laa kan kena explain sebabkan mcm customer A~.. tapi disebabkan banyak lagi A~ taktahu dan kena belajar. Habis tu kenapa kena join meeting jugak? Jangan terlalu bergantung harap shj. A~ kena jugak laa belajar how to explain to cust. expresi muka dan antonasi suara and banyak lagi. Yaa benda ni memang common thing dalam hidup tetapi dalam bisness inilah daya penarik yang perlu setiap yang nak bergelar bisnessman/women kuasai. Sebelum berganjak pada other step.


          Sebenarnya since A~ dh viralkan diri A~ as the agent of Cuckoo via fb and latest kat whatsapp status (sebab A~ memang active ws status) soo A~ ni orang yang lebih pentingkan pengurusan dan strategi, which mean A~ tak suka buat kerja main hentam jee, tiada hala tuju.. which mean akan serabutkan keadaan lagi adelaa kut. Hahahaha.. thanks to my opah for teach me how to be like "opah"😂😂.. berbalik kepada status ws, manager team #UdinEmpire ada ckp, dalam bisness ni memang akan ada orang yang perlekehkan kita, tak support kita.. its normal thing. Soo that is the turning point untuk A~ yakinkan diri push diri keluar dari zone slesa. Yelaa A~ pun tak suka kalau orang status byak² bab bisness kat whatsapp tapi A~ x sedar dalam A~ x suka tu pun A~ tengok jugak status tu (nampak tak strategi kt situ?) At the end ada seorang member A~ ni time zaman matriks. Sama lajnah n perempuan pulak tu.. hahaha aduhh.. memang langsung tak penah chat sebab iyelaa duk dalam lajnah, bawa nama Islam apa semua. mestilah nak kena jaga batas pergaulan. Takkan laa disebabkan kita agama Islam tu pulak dipandang cemar oleh orang lain. Soo rupanya dia nak tolong bagi advice macam mana nak viralkan bisness dan golongan mana nak target.. soo basically untuk facebook adalah golongan umur 30+ gitu laa which mean sesuai sangat untuk promote item macam ni laa kan. N last cari group yang boleh spread iklan free of charge. jangan hanya target individually datang visit ke bisness pages kita.. kita kena berjalan dan carilah tempat perkumpulan golongan ini untuk tarik perhatian dorang ni. Jadinya untuk harini A~ focuskan untuk viral mengenai produk water purifier shj sebab taknak serabutkan diri dan juga orang yang akan baca😵🤐

Haaaaaa nampak tak function contact dalam phone tu.. walau tak pernah chat manatau dia masih seen status kita walau dah off bluetick or lain². Dia tolong laaa A~ as beginner ni dari segi nasihat. Soo secara automatik akan build up lagi confident level A~ dalam dunia bisness yang memang tak mudah langsung! (Doakan A~ berjaya) soo kita perlulah selalu cari sumber motivasikan diri dan dalam bisness ni sendiri janganlah "sellfish". Lebih mudah untuk bergerak kalau kita saling bantu membantu sebenarnya sebab tak salahkan kalau kita tengok orang lain berjaya jugak macam yang kita harapkan kita berjaya? Sebenarnya pada orang macam ni perlu cuci hati betulkan balik niat. Bisness ni  bukan sebab nak kaya sahaja, tapi nakkan redha Allah SWT dengan cara kita bantu org. Bantu bantu dan terus bantu. Niat nk bisness majority semua nak bantu mak ayah, family kan?? Jadi apa salahnya kita tolong org lain nk berjaya dalam bisnes jgak? Trust me kita takkan rugi apa² pun.. malah orang tu mungkin doakan kita dan yang pasti Allah permudahkan kita. Sebab apa? Sebab Allah lah yang akan memberikan kita rezeki asbab usaha kita. SegalaNya datang daripada Allah dan kepadaNya sahaja tempat kembali. Hello 19/6.. moga hari ini lebih baik dari semalam..

*A~ cubalah sekerapnya updated blog sebagai sharing pengalaman jatuh bangun A~ mungkin dan bagi A~ sebagai diari laa tentang apa yang A~ dah mulakan dan bagaimana A~ akan pandang balik diri A~ suatu hari nanti kalau dh berjaya. InshaaAllah.. LILLAHITAALA =D

Korang tolong like dan support bisness A~ skali yaa.. 



semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan olehNya.. ada masalah tarik nafas dalam² dan hembus slow² sebanyak 3X.. moga tenang dan fikirkan cara atasi masalah.. #SenyumSelalu
Sila ke ruangan komen atau apa² untuk sebarang komen atau advice.. really appreciate it 


Tuesday, 16 June 2020

Zero's Stepped?


Zero to what?


Assalamualaikum, hi =D

Tak senang nak senang,
Tak susah nak susah.

Pernah dengar tak ayat ni.. Easy to understand pada zahir ayat kan? Tapi tak senang jugak nak kekal susah, lagi² kalau korang sama terperap kat rumah sebabkan "Perintah Kawalan Pergerakan" ditambah D/B/P (dah malas nk pikir😂)

          "Aku" emm.. aku bahasa diri as A~ okay dok??😌 Blog aku tak kisahlah apa pun kan.. lol hambarrr... Hmm nak dijadikan cerita cuti PKP ni ni biasalah selain menghabiskn masa A~ jgak menghabiskn stok beras kt dapur tanpa invest apa² balik dalam tong beras tu.. (laburkan habuk tu mungkin).. timbul laaa jgak perasaan bersalah tuh kan dpt cuti balik rumah hu haa yak yak yeayy tpi nyusahkan mak bapak nak sara A~ kt rumah pdhl klu kt kolej elok jee hidup berbekalkn elaun... (Really duk rumah duit elaun tu ale² dh habis pdhl rasa bru nk kira🤓..pufff)


          Berbekalkan kesedaran yg ada, A~ try cari kerja, isi form tu ni tu ni.. interview keje partime atas pakai semarttss bawah ayam berak kapur, spread cari kerja kosong kt fb laa bagai.. n finally Alhamdulillah A~ dpt offer kerja partime kt restoran 7am - 1pm income RM35/day.. Benarlah kan kalau nawaitu kau tu baik, inshaaAllah, Allah akan prmudahkan urusan kau.. as long as kau still kerahkan usaha kau, bukan harap pokok tu tumbuh duit🙄.. mulalah rutin bekerja.., pless appreciate ur parents.. tak mudah woo nak cari duit! Nmpk mcm kejap kan?? Tpi sejak pkpp ni, cust ramai tu memang xyah cakap laaa sosial distancing yg dh kemana.. PENAT


          Adelaaa haritu, (tak ingt hari apa) A~ belek status ws macam biasa korang slalu buat tu.. nampak laa senior sorang ni mcm bru join² bisness super senior A~ yg sebenarnya dah lama A~ peghati jee... Sekali perhati kluar berkepul cheque besar yg korang slalu tngok juara² junjung tuh.. dua kali perhati A~ tengok dah keluar BMW.. tiga kali A~ tngok super senior tu dah nak booking beli first house dia.. soo mcm wonder to know tu bertambah kuat laakan.. offcoss, bila bisness menunjukkan hasilnya.. penilaian manusia dimata tu pasti..


          Okay next step kalau korang buat apa?? (Sambil² korang byangkan tu), A~ pun pm laa senior yang baru join bisness tu sebab nak tanya² gitu² jee mulanya.. iyelaa rasa macam selalu tak kena masa je nk tanya super senior tu kut dia superbb busy xboleh diganggu.. (mentaliti) hahaha.. tanya punya tanya fahamlah A~ serba sedikit tentang apa ke benda natang yang dipanggil bisness "Cuckoo" .. A~ takdelaa terkejut beruk ke apa sebabnya dah pernah join dropship sana sini.. study pasal MLM, emas 999 dan lain² laa.. agak terjangka sebenarnya.. lepastu ada process standard laaa bab² gini sampailah ke pendaftaran... 


Akhirnya smpai sekarang A~ masih fikirkan lagi, fikirkan hmm dari segi faktor² utama dan sampingan boleh timbul n paling penting apa matlamat A~ sebenarnya nak terjebak dengan bisness ni? Berbalik kepada ketuhanan.. Rezeki dari perniagaan ni adalah lebih bersih namun kenalah bertepatan dengan syarak.. mcm mana nk kekalkan dengan landasan syarak tu korang kenalah tepuk dada tanya apa matlamat aka niat korang tu.. baik, buruk.. mendekatkan diri atau menjauhkan diri dari Allah?? 

Jadinya terhasillah blog ini bersama logo yang baru A~ create.. harapnya takdak sama dengan apa² logo persatuan ke ngo apa² laa😅..saja² jee buat sebagai persediaan kalu perlu.. sebenarnya A~ terpikir  A~ mcm syok sendiri jee tulis blog ni.. let me know dengan komen post ni seikhlas hati.. tqvm=D .. last utk kali pertama ni doakan A~ sentiasa diiberikan yang terbaik olehNya.. Aamiin .. Assalamualaikum dan slm sejahtera .. 



Malam Muhasabah Diri

23/6/2020 @0050 🔥🔥✨ Alhamdulillah kurang dari beberapa minit lagi 22/6 akan melabuhkan tirai..🔥🔥😁.. mungkin byk suka dan duka yang kita...